Padah apabila mencuri lembu, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey diterbalikkan dan dibakar sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung di Felda Neram, semalam.

Melalui satu video yang ditularkan menunjukkan beberapa ekor lembu berkeliaran di sekitar kenderaan yang terbaik itu dipercayai digunakan dalam aktiviti bagi mencuri haiwan berkenaan.

Berdasarkan klip video berdurasi 17 saat itu, kelihatan beberapa ekor lembu ditemui di dalam MPV berkenaan dipercayai dicuri sekitar kawasan terbabit.

Ekoran kejadian itu, sekumpulan penduduk kampung kemudiannya bertindak menterbalikkan MPV berkenaan sebelum membakarnya.

Tamat