Golongan B40 antara kumpulan sasar menerima bantuan sejumlah RM1,236,000 buka puasa percuma di masjid melalui Program Dapur It’am Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata melalui program sebegini masyarakat dapat mengimarahkan masjid sekali gus memberi makanan berbuka puasa secara percuma ini memberi fokus kepada golongan asnaf dan kumpulan B40.

“Dengan perbelanjaan RM1.2 juta, kita gerakkan 70 buah masjid dan surau terpilih di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai check point.

“Inilah saya mahukan masjid dan surau benar-benar hidup dalam masyarakat,” ujarnya pada laman sosial beliau, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menggerakkan program itu.

Program Dapur It’am Ramadan menyediakan 4,120 pek makanan percuma setiap hari sepanjang Ramadan.

Tamat