“Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang,” itu kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Menurutnya keputusan itu diambil selepas mendengar kata semua ahli parti kerana rata-rata mahu Perdana Menteri Kesembilan itu meneruskan tampuk pemerintahan selepas PRU15 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dalam satu kenyataan, semalam.

Pada masa sama, mesyuarat MKT turut menyentuh mengenai kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan pembangkang.

Menurutnya, perjanjian yang akan berakhir 31 Julai depan juga tidak akan diteruskan.

Antara lain yang turut diputuskan malam ini adalah UMNO dan BN akan menyokong Rang Undang-undang Akta Anti Lompat Parti yang dijadual dibentangkan kerajaan Julai depan.

“UMNO berpendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati,” katanya.

Tamat