“Kita akan umumkan sekali berapa jemaah perlu bayar bersama jumlah kuota yang kita dapat selepas mendapat keputusan daripada Arab Saudi,” itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya subsidi haji akan diberikan kepada semua individu yang terpilih untuk menunaikan ibadah berkenaan bagi tahun ini walaupun ada cadangan supaya ia diberikan secara bersasar.

Kita ada formula tertentu yang akan digunakan berkait dengan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan semalam.

Idris berkata, duit yang digunakan untuk subsidi haji itu diambil daripada keuntungan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurutnya, ia sama sekali tidak melibatkan wang kerajaan kerana konsep yang diguna berbeza iaitu tabungan dan haji.

Langkah itu susulan kos seorang jemaah muassasah dijangka meningkat hingga RM25,000 dan bayaran jemaah RM9,980, menyebabkan subsidi yang ditanggung TH amat besar.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, jumlah subsidi haji akan ditetapkan kerajaan selepas mendapat jumlah sebenar kuota jemaah yang akan diumumkan oleh Arab Saudi.

Beliau berkata, perkara itu sama sekali tidak akan membebankan para jemaah.

Tamat