Rejim Zionis Israel mula menggetap gigi ketakutan apabila Briged Al-Qassam mula membuat kejutan apabila menyerang balas pesawat perang Israel menggunakan misil anti pesawat Strela.

Serangan berkenaan sebagai satu tanda amaran supaya rejim itu tidak memperlakukan umat Islam di Gaza dengan sesuka hati mereka.

Israel melancarkan serangan udara pertama di Semenanjung Gaza, Selasa lalu, sebagai tindak balas serangan roket dari Palestin ketika ketegangan memuncak di sekitar tapak suci Baitulmaqdis, hujung minggu lalu.

Siren amaran dibunyikan di selatan Israel pada malam Isnin selepas roket dilepaskan dari kawasan yang dikawal oleh kumpulan Hamas menjadikan ia kejadian pertama seumpama itu, sejak awal Januari.

Insiden itu, pertama sejak Januari, berlaku beberapa minggu selepas konflik Israel dan Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.

Susulan itu, rakyat Palestin mengadakan protes dan menyeru negara Islam melindungi Al-Aqsa.

Tamat