Umat Islam di India semakin ditekan dengan berbagai tragedi keganasan oleh pelampau Hindu sehingga rumah dan kedai mereka turut dimusnahkan pihak berkuasa.

Pelampau Hindu melakukan keganasan secara terbuka sejak festival Ram Navami selepas kemuncak keganasan tercetus sejak 10 April lalu.

BBC melaporkan, kumpulan perusuh daripada kalangan penganut Hindu keluar ke jalan raya dan menyerang serta membuat ucapan kebencian terhadap orang Islam semasa perayaan itu di beberapa kawasan seperti Madhya Pradesh, Gujarat, Jharkhand dan Bengal Barat.

Media sosial dibanjiri imej jengkaut besar berwarna kuning yang melakukan kerja-kerja perobohan manakala ahli keluarga mangsa hanya mampu berdiam diri melihat kezaliman berkenaan.

Situasi tersebut sengaja mencetuskan kemarahan ramai kerana dilihat sebagai usaha untuk meminggirkan 200 juta orang Islam di India oleh pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi. Modi yang mewakili parti BJP adalah pemimpin yang dilantik di kawasan Madhya Pradesh.

Di luar rumah, ratusan anggota polis dengan jentolak mengepung beberapa rumah di kawasan kejiranan kecil yang didiami penduduk Islam di bandar Khargone.

Pihak polis akan menentang sesiapa yang cuba menghalang kerja-kerja perobohan dilakukan.

Tamat