NATO, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara satu nama besar akhirnya mengakui tetap dihantui ugutan Presiden Rusia, Vladimir Putin bagi menghentikan bantuan senjata kepada Ukraine.

Bekas Ketua Keselamatan British, Lord Ricketts berkata, pihaknya bimbang sekiranya Putin tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata nuklear jika itu yang diperlukan untuk memastikan bantuan senjata tidak sampai ke tangan askar Ukraine.

“Bahkan, mungkin dalam situasi paling dahsyat, satu serangan peluru berpandu akan dilaksanakan ke atas pangkalan di NATO, di mana senjata untuk Ukraine sedang disediakan.

“Ini akan menimbulkan dilema dalam kalangan negara anggota NATO sama ada mahu terus menyokong Ukraine dengan pembekalan senjata,” katanya.

Disebabkan itu, tidak mustahil bagi beliau untuk mengarahkan askarnya menyerang pesawat atau konvoi yang memunggah senjata dari pangkalan NATO ke Ukraine.

“Melihatkan situasi semasa, saya khuatir ia menuju ke arah jalan buntu yang akan mendorong Rusia untuk menakluk sebahagian besar Ukraine.

“Sementara Ukraine pula tidak akan pernah bersetuju dengan syarat pelepasan yang dituntut Rusia,” katanya.

Selain itu, Ricketts juga memberi amaran bahawa konflik tersebut boleh berterusan sehingga bertahun-tahun dan menjadi perang gerila sebelum akhirnya menjadi ‘luka terbuka’ di tengah-tengah Eropah.

Tamat