Keterangan Yasmin kononnya Bella telah diberi makan 1,280 biji cili didakwa sebagai pembohongan terbesar saksi kelima kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Peguambela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor menyatakan tiada laporan perubatan daripada doktor menunjukkan Bella telah diberi makan cili dan mengalami kecederaan dalaman akibat memakan cili yang banyak.

Nur Aminahtul Mardiah turut mendakwa Yasmin menipu apabila mendakwa Bella telah disiram dengan air panas yang diambil dari mesin Cuckoo.

Yasmin bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menipu ketika memberi keterangan berkaitan perkara tersebut.

Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella.

Sumber – Malaysia Gazette