Bagi mereka yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu pastinya ternanti-nanti keputusan kouta jemaah haji untuk tahun ini, dan telah umumkan sebanyak 14,306 jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kouta jemaah setakat itu pada tahun ini.

Menurutnya jumlah kuota yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi tahunan yang biasa diperoleh negara iaitu 31,600 jemaah pada 2019.

Beliau berkata, peratusan kuota rasmi 45 peratus itu juga terpakai kepada semua negara lain.

“Bagi pihak kerajaan, saya lahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota yang diberikan kepada jemaah haji Malaysia.

“Ini berita baik untuk umat Islam di Malaysia yang sudah menunggu sejak dua tahun lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.

“Sempena Ramadan yang mulia ini, marilah sama-sama dari lubuk hati yang dalam kita lafazkan rasa syukur tidak terhingga atas berita gembira ini,” katanya.

Tamat