Geram pun ada apabila mendengar alasan pendatang haram Rohingya yang ditahan semula semula selepas berlaku insiden rusuhan dan usaha melepaskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Relau.

Alasan mereka semuanya sama, hanya menyalahkan sama sendiri, dengan jawapan mengikut rakan tanpa mengetahui hala tuju asal.

Sekiranya tidak tahu hala tuju asal, masakan boleh rosak segala fasiliti keselamatan di pusat depot tahanan berkenaan, itu bukti bahawa golongan ini sengaja merusuh bagi menimbulkan kekacauan di negara ini.

Sepatutnya mereka bersyukur masih diberi peluang bernafas, tempat tinggal serta makanan sebaik sahaja mendarat di Malaysia walaupun masih masuk secara haram.

Jika di negara lain, peluang mereka untuk hidup belum lagi tentu, ini membuktikan golongan ini langsung tidak boleh diberi muka, apabila diberikan ihsan mereka akan mengkhinatinya.

Buktinya seperti ada yang di depan mata, belum apa, apa sudahpun ada persatuan Rohingya seakan akan mahu menuntut sesuatu yang bukan hak mereka di negara ini.

Kini muncul persatuan Rohingya Malaysia seakan akan mahu mengajar kerajaan Malaysia untuk menyediakan fasiliti baru buat mereka. Alasanya disebabkan mereka terlalu lama berada di depot tahanan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Cawangan Kedah Yusof Ali semalam berkata tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu pagi semalam disebabkan mereka sudah terlalu lama berada dalam depoh berkenaan.

Rakyat sebenarnya sudah lama muak dengan cerita Rohingya ini, walaupun asalnya berasa kasihan pada awalnya. Semakin lama diperhatikan golongan ini seakan mengada dan mahu kerajaan mahu mengambil berat kepada mereka.

Pihak Rohingya ini dilihat mula berasa ‘besar kepala’ dan rakyat kini mula mempertikaikan adakah cukai dibayar digunakan bagi menampung kos mereka yang ditahan.

Oleh itu, pembuat dasar terutamanya ahli politik perlu bertindak lebih tegas bagi mengatasi hal sebegini, sebelum rakyat mengambil tindakan sendiri kepada pendatang tanpa izin ini.

Tamat