Israel mula mengambil langkah berhati-hati apabila Iran memberi amaran akan terus menyerang negaranya sekiranya mengganggunya negara Islam lain khususnya Palestine.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi berkata, apa sahaja tindakan Israel terhadap Iran akan menyebabkan berlaku serangan ke tengah-tengah ibu kota Israel.

“Mesej kami kepada rejim Zionis ialah jika anda mahukan normalisasi hubungan dengan beberapa negara di rantau ini, anda harus tahu bahawa walaupun pergerakan terkecil anda tidak boleh disembunyikan daripada perisikan, keselamatan dan angkatan bersenjata kami,” kata Raisi merujuk kepada Israel.

“Dan anda harus tahu bahawa jika anda membuat langkah kecil terhadap negara Iran, angkatan bersenjata kami akan menyerang terus ke jantung rejim Zionis. Jangan sesekali mencetuskan kemarahan negara Islam kerana anda tidak akan tahu apa akibatnya,” tegasnya.

Mesej Ebrahim ini juga dikatakan amaran buat Israel agar berhenti menindas umat Islam, terutamanya rakyat Palestin. Rejim Zionis seharusnya sedar apa akibat yang bakal mereka terima jika menentang umat Islam.

Iran sendiri sedang berunding dengan AS untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 (JCPOA). Perjanjian itu, yang dibuat di bawah Presiden AS Barack Obama, dibatalkan di bawah Trump.

Jika perjanjian itu berjaya, Iran sekali lagi akan bebas daripada sekatan. Tetapi setakat ini perbincangan diantara dua negara masih terhenti.

Israel sendiri telah menyuarakan kebimbangan mengenai nuklear Iran. Malahan beliau berkata beliau tidak akan menerima status Iran sebagai negara ambang nuklear.

“Strategi kita bertahan bukan menyerang,” kata Raisi lagi.

Tamat