Depot Tahanan Imigresen di empat lokasi berasingan bakal dipenuhkan oleh seramai 448 tahanan Rohingya yang melarikan diri dalam kejadian rusuhan Di Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, seramai 144 tahanan dihantar ke Depot Semenyih, Selangor; Depot Machap Umboo, Melaka (104 tahanan); Depot Langkap, Perak (100 tahanan) dan 100 lagi tahanan di Depot Bukit Jalil, Selangor.

“Kesemua 448 tahanan yang terdiri daripada 272 lelaki dewasa, 83 wanita dewasa, 36 kanak-kanak lelaki dan 57 kanak-kanak perempuan itu telah dihantar ke empat depot tersebut hingga pukul 12 tengah malam tadi,ā€ katanya dalam kenyataannya.

Beliau berkata, setakat ini seramai 130 tahanan iaitu 99 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan masih belum dijumpai.

“Operasi mencari kesemua tahanan ini masih diteruskan sehingga kesemua mereka ditemui. Jumlah etnik Rohingya yang telah dijumpai setakat ini adalah 398 tahanan dengan enam daripada mereka maut ketika cubaan melarikan diri manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di hospital,ā€ katanya.

Semalam, beliau berkata polis Kedah telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap kira-kira pukul 4.30 pagi.

Operasi turut dibantu oleh pasukan polis Pulau Pinang dan Perak, anggota Jabatan Imigresen Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit anjing pengesan (K-9).

Tamat