Elok boleh menjamah hidangan yang dibawakan pramugari, tiba-tiba gurauan kasar membuatkan dia menjamah tumbukan Mike Tyson akibat gurauan kasar yang mengganggu petinju itu.

Berang akibat diganggu Tyson dilaporkan menumbuk seorang penumpang pesawat berulang kali selepas individu itu didakwa ketika menaiki pesawat di San Francisco.

Melalui satu rakaman yang ditularkan, Tyson yang dilihat bersandar di belakang tempat duduknya memberikan pukulan bertubi-tubi kepada lelaki itu sehingga mengalami lebam dan pendarahan di muka.

Juara heavyweight tinju itu pada mulanya mesra dengan penumpang dan rakannya ketika mereka menaiki penerbangan tetapi bertindak balas selepas lelaki itu tidak berhenti melakukan provokasi kepada dirinya.

“Tyson sebenarnya sudah menegur perbuatan lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk senyap. Namun apabila lelaki itu tidak melakukannya.

“Ketika itulah saksi berkata Tyson mula memberi beberapa tumbukan ke muka lelaki itu” kata laman sesawang hiburan, TMZ.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada polis Amerika Syarikat, syarikat penerbangan JetBlue dan wakil Tyson berkenaan kejadian tersebut.

Tamat