Presiden PAS, berkata, Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri menegaskan bahawa PAS tidak terlibat sama sekali dengan surat layang ‘PASleak’.

Menurut beliau Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telahpun membuat kenyataan jelas berkenaan surat layang berkenaan.

“Itu surat layang, Dr Sam sudah jawab, surat layang tak perlu kita layan.

“Surat itu siapa dia yang buat? Sebab itu kita tak tahu, tiada guna kita layan surat layang ini. Kita jadi melayan sama,” katanya tadi.

Pada masa sama Presiden PAS menerangkan beliau mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, dan sentiasa ada perbincangan dengan pemimpin itu.

“Terus hubungan, kita bincang dengan dia (Ismail Sabri) secara terperinci, kita tak perlu layan surat-surat layang ini. Insya-Allah tidak menggugat.

“Surat layang ini tak tahu siapa dia buat, cumanya dia tanggunglah dengan Tuhan. Kita orang Islam percayakan (dosa pahala), bulan puasa pula,” katanya.

“Ikut suka dia lah, Saya rasa ‘loyar’ buruk je yang layan dengan surat layang ni. Dari segi undang-undang pun tak lekat surat layang ni,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Pada masa sama, beliau ditanya apakah PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menentang Barisan Nasional (BN), ujarnya Setiausaha Agung PAS, Datuk Serio’ Takiyuddin Hassan sudah jelas.

Tambah beliau, kenyataan Takiyuddin sudah jelas dan kerjasama hanya dengan parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan sedia ada hari ini.

“Kita sudah kerjasama 20 tahun lebih, cukuplah masa tu. Kita buat kerjasama lainlah, sehingga ini dengan parti-parti gabungan PN dan dengan Umno yang jadi Perdana Menteri.

“Kita akan usahakan biar kekal (dengan PN) dan dengan PH tidak berulang,” ujarnya lagi.

Menurutnya, kerjasama PAS pernah terjalin dengan parti-parti politik pembangkang dalam PH dan tidak lagi selepas itu.

Tamat