Itulah yang dikatakan sebahagian Rohingya buat kerja tanpa berfikir, tak sedar diuntung, sengaja merusuh, lari, walaupun diberi kemudahan tempat tinggal dan makanan.

Mengikut trend, Rohingya yang sudah lolos sekitar 24 jam daripada Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di sini awal pagi semalam pasti tidak bertahan lama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar, berkata ini kerana tahanan yang menghilangkan diri lebih dari 24 jam itu tidak mempunyai bekalan makanan dan pakaian.

Mereka ini lari sehelai sepinggang. Jadi berapa lama mereka boleh bertahan. Ditambah dalam keadaan bulan puasa ini. Ada kemungkinan besar mereka akan menyerah diri,” katanya semalam.

Menurutnya beliau berkata, siasatan ke atas lebih 200 tahanan Rohingya yang ditahan semula mendapati tiada sebarang unsur paksaan untuk mereka meloloskan diri dari depot berkenaan.

Pemeriksaan pada hari kejadian mendapati terdapat kira-kira 100 orang tahanan Rohingya kekal berada dalam depot,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 528 tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dengan enam daripadanya maut dilanggar kenderaan semasa melintasi jalan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Jawi, Nibong Tebal.

Tamat