Belum sempat reda, keadaan kekacauan akibat tahanan Rohingya, kini warga asing Indonesia pula mula menunjukkan belangnya mencederakan anggota polis, amuk, serta turut membakar kereta peronda.

Itu antara harga yang terpaksa kita bayar sekiranya mahu mengimpot warga asing ini terus sebagai pekerja di negara ini. Warga Indonesia berkenaan bertindak membakar kereta peronda polis jenis Proton Waja dalam satu kejadian di matau balak Kampung Selengkong, Nenasi, Pekan semalam

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an dikenali sebagai Asri itu bertindak melarikan diri ke dalam hutan berhampiran selepas membakar kenderaan terbabit.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 11 malam, apabila seorang penjaga tanah matau balak di Kampung Selengkong itu memaklumkan seorang lelaki Indonesia mengamuk di kawasan rumah kongsi matau itu.

“Susulan itu, tiga anggota polis ke lokasi kejadian dengan menaiki kereta peronda dan menemui suspek, namun suspek bertindak agresif terhadap anggota polis terbabit ketika pemeriksaan dilakukan.

“Suspek yang juga pekerja balak di matau itu bertindak memukul dan mencederakan dua anggota polis sebelum masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membaling objek tersebut ke dalam kenderaan pasukan.

“Ketika itu, seorang anggota yang masih berada di dalam kereta bertindak keluar daripada kenderaan itu untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampiran dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Pahang telah dimaklumkan berhubung kes ini dan sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pekan, telah ke tempat kejadian.

Tamat