Hanya dengan sati khabar mesej whatups pintasan khabar seakan membuatkan masa berhenti seketika, terkejut apabila membaca mesej permergiaan Arwah isteri Pak Enal ‘Puisi Dari Hutan’.

Walaupun mesej berkenaan ringkas dan mudah difahami, namun sebagai seorang suami pastinya permergiaan seorang isteri yang dicintai membawa makna lain di sisi kehidupan.

“Asslmkum…dukacita dimaklumkan..berita kematian iaitu isteri saya di felda maokil pd pukul 4.45 ptg tadi.
Kebumikan insyaallah esok pagi.”

Demikian mesej daripada Pak Enal sedikit sebanyak membuat kaum Adam mulai merenung panjang, terbayang kehidupan sendiri, mulai bersyukur Allah meminjamkan makhluk isitimewanya walaupun seketika.

Pak Enal pasti lebihnya tabah, demikian bacaan orang muda kepada beliau yang merupakan bekas wira negara, yang juga seorang peneroka.

Tumpang rasa berdukacita atas pemergian Allahyarham Norlida bte Ahmad isteri beliau. Kami sedia maklum selama ini Pak Enal telah menjaga isteri yang terlantar sakit sekian lama, lebih 5 tahun tidak silapnya.

Ketabahan beliau menghadapinya dan semoga kekal tabah pada masa ini. Semoga pemergian isteri bulan dan hari yang baik ini menjadi syafaat kepada Allahyarham, diberi kedudukan dan sebaik tempat bersama para aulia dan kekasih ALLAH serta berhimpun bersama bersama.

آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن .

Jika seseorang meninggal di hari Jumaat atau malam Jumaat, berarti seseorang itu mati dengan keadaan husnul khatimah. Dari Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan ALLAH melindunginya dari fitnah (siksa) kubur.” (HR. Al-Tirmidzi)

Termasuk menurut Rasulallah pd petang Khamis masuk kepada Jumaat.

Tamat