Pastinya semua umat Islam mengimpikan kematian semasa sedang solat, di belakang saf imam, dalam bulan Ramadan, sedikit sebanyak itu tanda mereka golongan bertakwa.

Itu antara peristiwa manis yang dilalui oleh seorang jemaah lelaki rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di Masjid Tunku Intan Safinaz di Kampung Lanai, Baling di sini kelmarin.

Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lanai rebah ketika menunaikan solat sunat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid tersebut.

Penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata, semasa kejadian arwah berada di saf belakang imam.

“Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba arwah rebah. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Tamat