Satu video muzik bertemakan Hari Raya ciptaan Aliff Syukri yang kelihatanya amat terlampau apabila mengundang tarian seksi lelaki lembut dilihat jijik untuk tontonan umum.

Perkara berkenaan seakan mencabar adapt ketimuran serta gaya hidup Islam terutama dalam bulan ramadhan ini membuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi amaran keras terhadap penyebaran video berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan Jakim untuk meneliti perkara itu sebelum di bawa kepada pihak berkenaan.

Pada masa sama, katanya, beliau juga mahu video klip itu dikeluarkan daripada disiarkan dimana-mana platform media sosial.

“Nasihat saya agar klip video seumpama ini di keluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media.

“Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada Jakim untuk dibawa ke pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Menurutnya, jika ada peluang, beliau mahu berjumpa dengan usahawan berkenaan untuk memperingatkan gaya hidup Islam yang sebenar.

“Saya seru untuk semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama yang makin baik dikalangan rakyat Malaysia.

“Saya cuba untuk mengambil peluang terhadap isu ini dengan mengajak semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya untuk kita menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang kita mahu tonjolkan kepada masyarakat.

“Apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada ingatan Allah terhadap bala COVID19 yg melanda seluruh dunia,” katanya.

Tamat