Satu gempa bumi lemah pada kekuatan 3.7 skala Richter dikesan berlaku di Kundasang, Sabah pagi ini sekitar jam 9.28 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi analisis bahawa pusat gempa berlaku di Ranau.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut kenyataan itu, kejadian tersebut berlaku pada koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur.

Tambah MetMalaysia, gempa bumi itu berjarak 14 kilometer (km) barat laut dari Ranau di kedalaman 10km.

Tamat