“Isu ini (kebenaran menanam ketum) akan dibincang dengan Kabinet dan bagi pihak polis, kita akan akur dengan sebarang keputusan kerajaan, namun banyak prosedur perlu dilalui dan akta yang perlu dipinda,” itu kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay, semalam.

Menurutnya beberapa akta dan prosedur perlu dipinda jika kerajaan membenarkan penanaman ketum dan hemp di negara ini ia termasuk Akta Racun Negara 1952, kerana ketum mengandungi bahan psikoaktif yang boleh menyebabkan leka dan lalai, serta Akta Kanun Tanah Negara 1965.

“Ketika ini menanam ketum tidak menjadi kesalahan tetapi apabila dipetik, diproses, dijual dan dieksport maka ia menjadi suatu kesalahan.

“Memandangkan kuasa mengurus tanah berada di bawah Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan, maka ia juga perlu dipinda. Kita akur dengan sebarang keputusan kerajaan namun banyak prosedur dan proses perlu dilalui,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari semalam.

Menurutnya beliau banyak lagi aspek perlu dikaji bagi membolehkan ketum dan hemp dijadikan sebagai tanaman industri.

“Isu ini (kebenaran menanam ketum) akan dibincang dengan Kabinet dan bagi pihak polis, kita akan akur dengan sebarang keputusan kerajaan, namun banyak prosedur perlu dilalui dan akta yang perlu dipinda.

“Pelbagai aspek perlu dikaji oleh kerajaan antaranya siapa nak tanam, di mana perlu tanam, siapa nak proses, kawasan itu siapa akan menjaga. Perkara ini akan memakan mangsa dan ia serta memerlukan pandangan pakar-pakar berkaitan,”

Kelmarin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin dilapor berkata Kabinet memberi kebenaran, supaya perbincangan dilakukan pihaknya mewakili Parlimen Padang Besar dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai kebenaran penanaman ketum dan hem bagi tujuan perubatan.

Tamat