Bunyi letupan kuat berulang-ulang kali membuat orang ramai di sekitar Sentul mulai cemas sekitar jam 6.30 petang, yang berlaku akibat kebakaran di tapak mercun di Sentul Work petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan operasi pemadaman sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya, terdapat mangsa dalam kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan kecederaan yang dialami.

Akibat berlaku beberapa siri letupan serta gegaran kuat dan asap tebal menyebabkan ada penduduk mulai panik dengan bimbang sekiranya berlaku kebakaran.

Video tersebut tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video dimuat naik dengan memaparkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan bagi melihat kejadian dan kedengaran bunyi dentuman mercun dalam video berdurasi tiga minit 32 saat.

Tamat