“Saya minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung,” itu kata luahan usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri selepas menerbitkan satu muzik video sempena Hari Raya yang memaparkan lelaki lembut menari.

Muzik video berkenaan mengundang kontroversi serta kecaman netizen apabila menampilkan penari lelaki lembut dan bersolek seperti wanita.

Tambahan lagi video berkenaan sengaja dibuat sempena Hari Raya seakan akan tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia .

Dia turut memohon seluruh warga Malaysia agar tidak mengheret ahli keluarganya di dalam kancah kontroversi tersebut.

“Mohon ye jangan libatkan isteri terutamanya mak saya yang ketika ini sedang menunaikan umrah” katanya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hampir lima jam meluangkan masa untuk memberi keterangan dan merakamkan percakapan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tamat