Hanya sikap lelaki pengecut sahaja mengambil jalan mudah membelasah seorang pelajar beramai-ramai, sekiranya anak jantan selesaikan dengan cara satu lawan satu.

Video kes buli belasah pelajar berkenaan dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Langkawi, Kedah baru baru ini setelah ianya viral di media sosial Facebook.

Menurut pemerhatian ringkas seakan berlaku satu pergaduhan di kalangan pelajar menyebabkan mangsa dibelasah beramai-ramai.

Pastinya kejadian berkenaan mencerminkan sikap remaja kini semakin melampau dan kerana tiada lagi sifat perikemanusian di dalam diri apabila sanggup memperlakukan rakan sekelas sebegitu rupa.

Meneliti video berkenaan jelas menunjukkan mangsa belum sempat buat apa-apa terus ditendang dari belakangnya dan disepak kepalanya, sehingga jatuh rebah ke lantai.

Tidak cukup dengan itu, mangsa terus dilanyak dengan kaki dan tumbukan bertubi-tubi sehingga tiada peluang untuk bangun dan turut dihempuk badannya menggunakan sebuah meja.

Itu membuktikan pelajar berkenaan langsung tidak sifat moral yang tinggi sekali gus sebagai pelajar mereka gagal menjadi manusia.

Tamat