Akibat selalu berdepan dengan masalah apabila mahu membuat traksaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ‘KING’ Perodua Myvi bertekad merempuh palang tol ketika melalui tol berkenaan menerusi satu video tular semalam.

Melalui satu hantaran video yang dikongsikan oleh Adrian Tan itu menarik perhatian semua warga net terutamanya pengguna lebuh raya yang rata-rata menyokong tindakan kenderaan paling banyak di Malaysia ini.

Menerusi rakaman awal mendapati, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem.

Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehingga mengejutkan pemandu yang berada di belakangnya.

Tamat