Masih dalam kegairahan menyambut Aidilfitri, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri membawa satu berita gembira apabila meranngkul pingat emas acara satu meter (m) papan anjal individu wanita pada Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

Pungutan mata sebanyak 290.45 daripada lima terjunan membuatkan Dhabitah beraksi beraksi selesa meninggalkan peserta lain untuk aksi final di Pusat Akuatik My Dinh.

Ia adalah pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA yang akan berlangsung sehingga 23 Mei ini.

Lebih manis, pingat perak juga berjaya dimenangi seorang penerjun negara, Kimberly Bong Qian Ping selepas meraih 230 markah keseluruhan..

Tamat