Pastinya Aidilfitri ini menyimpan 1001 lembaran baru buat penyanyi serta penulis lirik Yasin Sulaiman yang terpaksa menyambut hari kebesaran ini di dalam tirai besi di Penjara Sungai Buloh akibat tuduhan mengedar dadah jenis kanabis.

Perasaanya kini hanya diungkapkan melalui sebuah lagu ‘Bebaskan Aku’ yang ditulis olehnya serta melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buluh.

Melalui perkongsiaannya di laman sosial media miliknya menerusi Instagram lagu berkenaan ditujukan kepada sahabat, teman serta peminatnya.

Lirik lagu berkenaan dimulai dengan frasa ‘bebaskan aku’ seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibebaskan dari penjara.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” demikian antara nukilan lirik meruntun jiwa yang dikongsikan dalam Instagram Yasin.

Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

Tamat