Harga durian kini dilihat sedang mencanak naik mengikut trend barangan makanan semasa dijangka harga raja buah akan turut meningkat sehingga sekitar 30% pada tahun ini.

Ini mungkin disebabkan trend pengeluaran Durian yang sedikit berkurangan pada tahun ini, selain harga baja yang meningkat naik.

Pada masa sama, musim hujan pada penghujung Mac ke April juga dilihat memberikan kesan pada pengeluaran durian – membuatkan hasilnya berkurangan berbanding tahun lepas.

Durian Musang King sendiri dianggarkan mungkin sekitar RM60 satu kg pada tahun ini.

Dengan angka pengeluaran durian yang rendah ini, ia dijangka akan memberikan kesan pada harga jualan kepada pengguna.

Menjelang Aidilfitri sudah mula kelihatan musim durian baru sahaja bermula, dan kita akan dapat melihat perkembangan lanjut berkaitan dengannya dalam minggu-minggu akan datang.

Walaubagaimanapun semasa akhir minggu Ramadhan, sudah ada gerai-gerai durian tumbuh yang tumbuh bagaikan cendawan dengan menawarkan durian Thailand jenis Monthong untuk pengguna.

Rata-rata penggemar durian kini seakan memulaukan raja buah berkenaan selepas mendapati harganya yang melambung tinggi terutamanya yang diimport daripada negara jiran.

Kebanyakkan yang jenis yang durian import jenis Monthong dikecam pembeli disebabkan rasanya tawar tidak manis seperti diberitahu peniaga.

Seorang pengguna Facebook mengatakan durian yang diimport kurang enak kerana ianya tidak luruh namun dipotong pada tangkainya semasa ia masih belum matang untuk diperam.

Tamat