“Anda jangan cuba untuk menguji kesabaran dua bilion orang Islam di seluruh dunia. Ia adalah cubaan untuk mencetuskan konflik agama dan satu bentuk ‘rampasan’ terhadap realiti bersejarah al-Aqsa dan Baitulmaqdis,” itu kata tegas Jawatankuasa Palestin Parlimen Jordan.

Pihaknya bertindak menyelar kenyataan Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett cuba campur tangan dalam pengurusan hal ehwal Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis telah mengundang kemarahan Jordan dan Palestin.

Naftali yang cukup biadap itu cuba mencabuli perjanjian damai Israel-Jordan pada 1994 yang memberi Amman peranan untuk menguruskan dan menyelia kesucian Islam dan Kristian di kota lama tersebut.

“Kami tolak sebarang campur tangan asing,” katanya ketika beliau menarik balik perjanjian tersebut yang turut melarang pencerobohan bangsa Yahudi di pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) yang menjadi punca utama konflik di kota suci itu,”.

Menurutnya, keputusan tentang al-Aqsa dan Baitulmaqdis akan diambil oleh rejim Tel Aviv.

Menerusi ucapan pembukaan sesi Kabinet pada Ahad, Bennett juga menyatakan Israel kononnya akan terus mengekalkan layanan hormat terhadap semua agama di Baitulmaqdis.

Oleh itu, pegawai di Amman dan Tel Aviv bersetuju untuk mengadakan pertemuan selepas Ramadan untuk membincangkan pengaturan sekitar al-Aqsa, namun tiada tarikh atau butiran tentang mesyuarat itu telah ditetapkan sehingga kini.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian damai Israel-Jordan tersebut, ia bersetuju mengekalkan peranan Amman sebagai ‘penjaga’ di kompleks berkenaan dan bersetuju untuk bekerjasama mengeratkan tiga agama monoteistik, komitmen moral, kebebasan beribadat, toleransi serta keamanan.

Tamat