Malaysia tidak lagi menoleh ke belakang apabila diumumkan berjaya ke pusingan Suku Akhir untuk bersaing dengan India dalam undian di Bangkok semalam.

Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones berkata, skuad negara tidak akan mengambil mudah cabaran dari India kerana pasukan tersebut mempunyai barisan pemain yang mantap pada edisi tahun ini.

“Bagaimanapun, kami merasa yakin selepas berhadapan dengan Jepun dan kami sedia untuk bertemu dengan sesiapa pun pada waktu ini, ayuh ke suku akhir,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas sesi cabutan undian itu.

Jones juga gembira menyaksikan kemenangan Malaysia ke atas juara 2014, Jepun terutamanya aksi hebat Lee Zii Jia menumpaskan Kento Momota yang beliau percaya akan melonjakkan keyakinan pemain itu menjelang perlawanan suku akhir menentang India.

Lee Zii Jia percaya perlawanan suku akhir kali ini adalah seimbang selepas beberapa pemain ternama seperti Kento dari Jepun dan wakil Indonesia Anthony Sinisuka Ginting bergelut dengan prestasi masing-masing ketika ini.

Melihat prestasi, Zii Jia mengatasi pesaing utamanya Kento Momota 21-17, 21-8 untuk membantu Malaysia muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan Jepun 3-2.

Tamat