Skuad terjun negara kali ini begitu mengganas meninggalkan negara lain jauh di belakang apabila menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada Sukan SEA Vietnam di Hanoi.

Gandingan mantap Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri memberi aksi terakhir menggegarkan Pusat Akuatik My Dinh dengan kemenangan bergaya selepas memenangi acara 10 meter (m) platform seirama wanita.

Kemenangan berkenaan membolehk Malaysia menuai pingat emas ke-9 yang juga acara terakhir sukan terjun pada temasya sukan dwitahunan di Hanoi.

Pada saingan tersebut, pasangan negara mendahului selesa sepanjang acara dengan terjunan yang cukup kemas untuk membolehkan mereka membolot emas dengan kutipan keseluruhan 292.14 mata.

“Sedikit lega kerana banyak cabaran tetapi masa pertandingan, kami terjun dengan selamat dan saya berpuas hati dengan keputusan hari ini,” kata Pandelela.

“Kali ini emas yang pertama kami pada Sukan SEA. Saya rasa sangat selesa dengan Dhabitah kerana rentak yang sama selain tidak mempunyai masalah dari sudut keserasian. Cuma apa yang perlu dipertingkatkan adalah teknik individu,” kata Pandelela yang kini berusia 29 tahun itu.

Tamat