KUALA KANGSAR – Lima individu rentung dalam kemalangan sehingga menyebabkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dan dua lori treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.45 tengah malam menyebabkan kebakaran itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh 13 kilometer.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria ketika dihubungi berkata, setakat jam 4 pagi, kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dilakukan.

“Lima mangsa yang rentung merupakan pemandu dan penumpang kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurutnya, kereta jenis yang belum dikenal pasti itu telah terbakar 90 peratus.

“Treler membawa muatan besi terbabit turut mengalami kebakaran 90 peratus, begitupun pemandu kenderaan berat itu dilaporkan selamat.

“Pemandu dua treler serta kelindan yang terbabit dalam nahas ini selamat, dengan treler bermuatan mozek hanya mengalami kemalangan kecil akibat pelanggaran dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.,” katanya.

Operasi menyelamat turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Kamunting dan Ipoh.

Keadaan itu menyukarkan orang ramai bertindak awal membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Tamat