Cukup menghairankan pemandu treler yang menyebabkan kejadian kematian lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah(USAS) di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora berkenaan mempunyai 22 saman namun masih digajikan sebagai pemandu kenderaan berat.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tahanan reman pemandu berusia 28 tahun berkenaan bermula semalam sehingga 15 Mei.

Menurutnya pemandu yang berasal dari Jitra, Kedah itu mempunyai 22 saman trafik terhadapnya, termasuk kesalahan memandu melebihi had laju.

“Keputusan ujian saringan air kencing dan alkohol ke atasnya adalah negatif,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mior Faridalathrash berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Terdahulu, lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas kemalangan dengan dua treler di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Tamat