Pastinya semua tertunggu-tunggu setiap jurus, kuncian, kelincahan gerak silat daripada pasukan negara yang bertempur dalam setiap acara di Sukan SEA, Pusat Sukan Bac Tu Liem, kelmarin.

Pesilat negara tidak pernah ketandusan gerakan yang mampu menambat hati juri apabila berjaya menzahirkan pingat emas melalui acara ganda putra (tempur) kelmarin hasil kelincahan pesilat negara Mohd. Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan.

Jurus senjata parang kembar menjadi kunci utama kemenangan apabila mempamerkan aksi berani mati yang begitu agresif membuatkan wasit juri tertambat.

Menurut Taqiyuddin mempelajari jurus gerakan buah senjata berkenaan dalam tempoh empat bulan berjaya memikat hati 10 juri dengan markah 9.950 mata.

Kejayaan tersebut memboleh­kan pasangan negara mempertahankan pingat emas sewaktu di Sukan SEA Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019).

“Saya berasa bangga dan teruja kerana berjaya melengkapkan kemenangan hatrik di temasya Sukan SEA sekali gus dapat menggembirakan pasukan silat negara.

“Terima kasih kepada jurulatih dan guru saya iaitu Datuk Osman Nok yang berkorban terutama memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan padu hari ini,” katanya kelmarin.

Acara lain lain juga turut menyerlah dengan meraih tiga pingat gangsa menerusi acara regu puteri, Siti Nur Khairunnisa Hail, Fatin Ardani Zamri dan Merrywati Manuil.

Turut menerima pingat gangsa, Nur Syazreen A. Malik-Nor Hamizah Abu Hassan dalam acara ganda puteri dan Luqman Laji bagi tunggal putra

Tamat