Langkah Perdana Menteri, Ismail Sabri memansuhkan permit import bahan makanan pastinya disambut dengan perasaan gembira buat rakyat marhean.

Melalui mesyuarat Kabinet semalam, usaha kerajaan mengambil langkah berkenaan dilihat mampu memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk rakyat.

Hal berkenaan dibuat selepas melihat berlakunya kekurangan stok bekalan dunia akibat kesan perang Russia – Ukraine, berlakunya inflasi matawang dunia, perubahan cuaca ekstrem dunia.

Walaupun Perdana Menteri berkata pemansuhan permit import makanan itu diputuskan kerana ia tindakan penting dalam usaha menjamin keselamatan makanan di negara ini.

Beliau berkata, dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini dan tidak lagi terhad kepada pihak tertentu sahaja dan pemansuhan berkenaan berkuatkuasa serta merta.

“Saya percaya Kementerian Pertanian (Dan Industri Makanan) akan umumkan secara terperinci… kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan.

“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita tiada AP lagi,” kata Ismail Sabri.

Sebelum ini, wujud gesaan meminta kerajaan memansuhkan AP atau memberikan peluang kepada lebih banyak syarikat mengimport barangan jika benar-benar mahu menurunkan harganya.

Tamat