Isu kekurangan ayam kini mula menjadi bualan rakyat sehingga membawa ke meja pimpinan negara. Keadaan ini mula dirasakan menekan rakyat apabila ayam sebagai sumber protein utama mulai berkurangan.

Dikatakan ianya berpunca daripada kartel ayam yang mahu mengaut mengaut keuntungan dengan memaksa kerajaan supaya menaikkan harga siling protein utama berkenaan.

Walaubagaimanapun desas-desus ini mulai merisaukan pengguna apabila bekalan ayam kelihatanya semakin berkurang di pasaran.

Apa yang berlaku sekumpulan kartel yang dikuasai peniaga bukan Bumiputera ini merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Keadaan ini menyaksikan keperluan bagi memberi peluang kepada penternak Bumiputera seluruh negara untuk muncul menjadi wira menyelamatkan negara.

Apa yang dilihat kini pihak kartel mulai menekan pihak ladang supaya menghentikan segala operasi ladang supaya tunduk kepada kehendak mereka bagi menaikkan harga ayam.

Tamat