Sudah tiba musim durian di negara ini, sama ada diimport daripada Thailand mahupun durian tempatan, Balik Pulau, Raub, Batu Kurau rata-rata bakal menunjukkan trend yang peniaganya mulai pening kerana tiada pembeli.

Harga yang ditawarkan terlalu tinggi, sehinggakan tiada yang mampu membelinya kini, menjadi raja buah berkenaan terlalu eksklusif untuk dinikmati kini yang rata-ratanya daripada golongan B40 dan M40.

Kesan himpitan ekonomi akibat kenaikan harga barangan makanan utama mula menunjukkan rakyat tidak lagi menjadikan durian sebagai satu festival utama tahunan.

Malah rakyat kini lebih mengutamakan dalam usaha melengkapkan juadah di makanan harian di dapur untuk keluarga berbanding membeli durian dengan harga yang tidak masuk akal kini.

Lambakan gerai durian kini mulai berkembang di seluruh negara namun dengan tiadanya kuasa membeli pada orang ramai, raja buah berkenaan bakal terus sepi dan akhirnya membusuk kerana ianya tidak mampu bertahan lama.

Pengusaha durian masih dengan ego mereka meletakkan harga tinggi, sekitar RM 80 untuk sekilo buah berkenaan, sekiranya tiada tolak timbang, peniaga bakal kerugian dan peristiwa membuang satu durian bakal berlaku lagi.

Sehinggakan kini wujud kempen di media sosial untuk memulaukan peniaga durian yang tidak mahu menurunkan harga kepada paras yang mampu dibeli oleh golongan marhean.

Oleh itu, pengusaha durian kini diberi kata dua oleh pengguna, sama ada menurunkan harga ataupun durian akan terus membusuk di tepi jalan.

Tamat