“Russia bersedia untuk memenuhi kewajiban kami sepenuhnya. Namun, kami juga perlukan bantuan daripada rakan-rakan perniagaan kami termasuk di platform antarabangsa” itu kata pegawai Kanan Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev.

Menurutnya itu reaksi utama selepas negara Barat lain mengharapkan supaya Rusia dapat menyalurkan bekalan makanan sekiranya ia melaksanakan sekatan ketat terhadap Moscow berhubung isu Ukraine.

“Jika tidak, isu ini tidak masuk akal. Ini kerana di satu sudut, Barat menuntut kami supaya membekalkan makanan kepada dunia sedangkan di sudut lain, Barat melaksanakan sekatan ketat terhadap kami.

“Resmi dunia bukan begitu, kami bukan orang bodoh.

“Negara-negara yang mengimport gandum kami dan produk makanan lain akan berdepan detik sukar tanpa bekalan Russia,” katanya dengan nada sinis.

Ini berhubung kempen ketenteraan Moscow di Ukraine dan sekatan antarabangsa ke atas Russia telah menjejaskan bekalan gandum, baja dan komoditi lain dari kedua-dua negara dalam perkembangan yang menyaksikan harga makanan serta bahan api terutamanya di negara-negara membangun, melambung tinggi.

Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa merayu bagi Russia untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine yang disimpan di beberapa pelabuhan di Laut Hitam.

Tamat