Akibat berlakunya krisis peperangan Rusia Ukraine, turut membawa kepada geopolitik yang tidak stabil sehingga menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berkenaan bekalan makanan dunia semakin meruncing.

Ini kerana harga gandum semakin meningkat disebabkan akses bagi mendapatkan bekalan gandum daripada Rusia sebagai pengeksport gandum ketiga terbesar dunia disekat.

Begitu juga hal yang sama berlaku di Ukraine apabila sebahagian daripada gandum serta minyak bunga matahari serta soya terkandas akibat kesan peperangan.

Ditambah pula kesan El – Nino serta La-Nina yang bakal berlaku dalam tempoh masa dua tahun ini, bakal menyaksikan penyusutan kadar makanan dalam serta luar negara khususnya padi, ayam, serta protein.

PBB memberi amaran sekiranya krisis makanan dunia yang buruk ini tidak diatasi secepat mungkin, krisis kelaparan dan kebuluran bakal berpanjangan selama bertahun-tahun.

Sekarang ini kita juga dapat melihat kenaikan harga yang dahsyat di pasaran dan dikatakan harga barang mungkin akan naik sehingga 60 peratus bermula bulan depan. Situasi ini telah merisaukan banyak pihak kerana berlaku perubahan yang sangat drastik.

Menerusi Lensa Geopolitika di Twitter, semasa mesyuarat PBB yang diadakan di New York berkaitan keselamatan makanan global, Setiausaha Agung Antonio Guterres mengatakan perang Rusia dan Ukraine akan menyebabkan berpuluh-puluh juta orang berada di kancah krisis makanan.

Beliau telah menggesa Rusia untuk melepaskan eksport gandum Ukraine bagi mengelakkan kekurangan zat makanan dan kebuluran besar-besaran selama bertahun-tahun.

Bank dunia juga telah menjanjikan bantuan sebanyak $12 bilion untuk menampung impak yang akan membawa kepada bencana.

Tamat