Kes seorang warga emas yang dipukul seorang pemuda tak ubah seperti dalam gelanggang gusti apabila warga emas berkenaan hanya mampu terbaring tanpa melawan walaupun ditumbuk beberapa kali di Kampung Jawa, Shah Alam beberapa hari lalu.

Pastinya mereka yang menonton kejadian berkenaan luluh sayu apabila melihat warga emas tanpa upaya diperlakukan sedemikian rupa, lebih malang mengikut sumber anaknya ayahnya baru selesai proses dialisis buah pinggang.

Untuk sumber tepat, ini adalah pengakuan anak mangsa sendiri melalui laman sosial peribadinya.

Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada saksi dan orang awam yang cuba menyelamatkan pakcik tua tersebut. Sebagai anak yang menguruskan ayah saya yang sedang sakit buah pinggang (dialisis ), luluh hati ini melihat dia dipukul. Adakah dia layak dipukul sebegitu rupa.??

Sedih saya melihat penyebaran fitnah berlaku dengan mudahnya apabila pelbagai tuduhan diberikan. Adakah ini amalan yang dituntut dalam agama ? Astaghafirullah..

Setelah disusun atur dari saksi-saksi , kronologi kes bermula apabila ayah saya yang memandu sedang bersedia untuk pusing ke arah kanan utk naik ke jambatan dari jalan bawah jambatan.

Tanpa disedari datang satu motor yang agak laju memintas kereta ayah. Bukan untuk ke kanan manaiki jambatan . Tetapi dia memintas di sebelah kanan utk terus ke jalan mat raji. Disebabkan itu , suspek merasa tidak selamat dan terus memaki ayah saya dengn jeritan yang kuat.

Sebagai seorang yang tua dan berumur , ayah sy rasa bersalah dan dia keluar dari kereta utk melihat apa yg terjadi kerana risaw jika ada pelanggaran dan cedera pada suspek .Tiada sedikit pun pelanggaran berlaku selepas dipastikan .

Dek kerana tidak puas hati dan melihat ayah keluar dari kereta ,suspek u turn dan kembali ke kereta ayah dan parking di sebelah kereta (bahagian penumpang). Dia terus melulu ke arah ayah dan terajang.
Apa lah kederat otang tua yg baru lepas dialisis semlam. Dia tumbang disitu. Tidak cukup lgi, dia naik atas badan ayah dan terus tidak henti2 menumbuk muka dan sambung memijak badan ayah. Kata2 sepeti “mati kau” berulang kali disebut oleh suspek.

Jikalau anda perasan , ayah tidak melawan kerana dia tiada daya upaya . Dan dia tertanya-tanya apa salah nya. Dan jikalau kita perasan lagi , sewaktu dipukul ayah sedang melindungi lengan kirinya dan pinggang nya dari tercedera. Ini kerana Risaw tapak dialisisnya pecah atau putus.

Mak dan anak buah (3 tahun setengah) yang berada di dalam kereta hanya mampu melihat seorang suami dan atok nya dipukul. Seorang yang berumur bersama isteri dan cucu boleh jerit atau tunjukkan jari lucah “f*ck “ pada suspek yg dia risaw td ????? Jawapn tidak . Tiada perktaan / perbuatan tersebut dibuat. Ini hanya kata2 dari mulut suspek untuk memohon ehsan simpati atas tindakannya.


Selepas kedua dua mereka selesai membut laporan polis, Ayah telah pun dibawa ke hospital shah alam dan telah keluar pada jam anggaran 10.30pm td . Badannya masih lemah dan dia mengadu masih sakit di rusuk kiri.

Tamat