“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara,” itu kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini, serta turut mengumumkan keluar BERSATU untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Tindakan seumpama itu menimbulkan banyak tanda tanya apabila beliau terus mengambil keputusan berkenaan tanpa berunding dengan mana-mana pihak terlebih dahulu.

Lebih mengejutkan alasan yang digunakan hanyalah disebabkan tertarik dengan perjuangan parti, baharu berkenaan PBM.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Saya juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan peletakan jawatan itu, katanya beliau akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri walaupun kini menyertai PBM. Ini kerana sokongan kepada kerajaan sekarang adalah selari dengan pendirian PBM.

“Saya sudah membuat pertimbangan yang mendalam untuk menyertai PBM dan mempercayai dengan perjuangan parti itu serta tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Insya-Allah, penyertaan serta pengalaman saya ke PBM nanti akan dapat membantu mengangkat parti ini ke peringkat yang lebih tinggi terutama menjelang pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Menuru beliau , jika dilihat dari mata kasar ‘perpindahanya’ itu akan mengisi kelompongan kepimpinan wanita dalam negara.

“Sejak penubuhannya, PBM dilihat semakin kuat dan kini mempunyai beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN dalam barisannya,” katanya yang turut berterima kasih atas sokongan padu diterima sepanjang perkhidmatan di dua kementerian.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad; Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ismail Sabri atas kepercayaan mereka melantik saya sebagai Menteri Kabinet.

“Sepanjang saya berkhidmat di kedua-dua kementerian, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dan membawa perubahan positif kepada rakyat dan kehidupan mereka,” katanya.

Tamat