Lelaki maut, muka hancur, ! Seakan aksi filem apabila ditembak secara berdepan, tapi itulah realitinya apabila seorang lelaki ditembak secara dekat tepat pada bahagian muka di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, Kedah, semalam.

Menurut Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan S.Murali, 36, yang ditembak dari jarak kurang daripada satu meter, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata sebelum kejadian, lelaki itu bersama rakan, isteri dan seorang kanak-kanak dipercayai anak angkatnya datang ke sebuah restoran berkenaan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membeli makanan.

“Ketika hendak masuk semula ke dalam kenderaannya, dua motosikal yang dinaiki empat suspek yang memakai jaket dan topi keledar muka penuh, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu,” katanya media semalam

Wan Hassan berkata lapan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian setakat ini dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran serta mencari saksi bagi membantu siasatan

“Motif kejadian masih belum diketahui,” katanya dan menambah lelaki yang ditembak itu dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap, gangsterism dan pengedaran dadah.

Kes ini seakan bakal menimbulkan kegusaran masyarakat apabila berlakunya keganasan yang semakin hari semakin membarah, pukul, belasah, dihentak kayu besbol sehinggakan membawa kepada perbuatan tembak secara berdepan.

Tamat