Tak cukup sekadar tembak di muka secara berdepan, tapi kali ini kes bunuh di Sungai Petani kali ini sehingga ke tahap mangsa diikat kaki dan tangan manakala kepala sehingga pinggang diserkup guni untuk dilemaskan serta ditemui terapung di Sungai Semeling, Kampung Sungai Batu Besi, semalam.

Melihat kejadian berkenaan, kes pembunuhan berkenaan tak ubah seperti kes pembunuhan ala mafia seperti filem Barat.

Penemuan mangsa berkenaan, disebabkan oleh dua lelaki yang tercium bau busuk hanyir, sebelum melihat

dua lelaki terbabit sebelum itu terhidu bau busuk dan mereka terkejut apabila melihat mayat dalam keadaan terlentang serta terapung yang dihanyutkan arus berada sebelah bot.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk G Suresh Kumar berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati mayat sudah mengelupas kulit dengan kaki serta dua tangan tangan diikat menggunakan tali biru.

Berdasarkan keadaan mayat, kita percaya mangsa dibunuh serta sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dimasukkan dalam guni dan dicampak ke dalam sungai ini,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Menurutnya, setakat ini polis tidak menemui kesan kecederaan di tubuh mangsa kemungkinan kerana keadaan mayat yang mengelupas kulit akibat terendam terlalu lama.

Tamat