Lelaki turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga buktinya apabila pelakon terkenal Johnny Depp, 58, semalam berjaya memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36 hari ini.

Melalui perbicaraan berlangsung selama enam minggu sebelum itu, ternyata pembawa watak lanun itu, memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.