“Kita nak susun semula aspek penanaman padi ini. Kalau tidak boleh dibuat dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kita akan usahakan di luar kawasan MADA,” itu tekad Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menurut beliau usaha berkenaan adalah bagi memastikan penanaman padi di Kedah dapat dilaksanakan sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun bagi mengurangkan kebergantungan kepada beras yang diimport.

Selain itu, ianya bagi memastikan keselamatan makanan negara terjamin sekiranya berlaku perubahan cuaca dalam tempoh masa lama.

“Setakat ini kita sudah mulakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi melaksanakan perkara itu. Secara keseluruhannya kita mungkin sudah berada pada tahap 40 peratus sebelum inisiatif ke arah itu dapat dimulakan,” katanya

Sanusi berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan memandangkan ketika ini sudah ada usahawan yang berminat untuk terlibat dalam projek tersebut.

” Walaubagaimanapun pihak Kerajaan Persekutuan walau bagaimanapun perlu memainkan peranan terutama berkaitan pemberian subsidi baja, benih serta racun untuk pertambahan bilangan penanaman padi bagi tempoh dua tahun,” katanya

Setakat ini, penanaman padi dilaksanakan cuma dua kali setahun di negeri ini dengan Kedah turut membekalkan 43 peratus bekalan beras ke seluruh tanah air.

Tamat