Hanya menjadi kenangan kepada mana pelajar yang pernah menduduki pemeriksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga apabila iyanya hari ini dimansuhkan secara rasmi.

Maka PT3, hari ini turut mengikut jejak saudaranya yang lain, seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sendiri melalui sidang media tengah hari tadi.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

“Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah.

“Untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar,” katanya ketika sidang akhbar khas hari ini.

Tamat