Tindakan seorang guru memotong rambut seorang pelajar dikecam seorang ibu apabila anaknya hilang semangat ke sekolah selepas dimalukan sebegitu rupa.

Menurut ibu yang anaknya dipotong rambut itu berkata, hukuman potong rambut yang panjang di sekolah itu seakan menggugat maruah pelajar kerana rambut adalah mahkota bagi individu seorang manusia.

“Mungkin posting saya ini akan ada yang kecam, mungkin juga ada yang boleh faham dan selami keadaan saya. Sebelum ini dia anak yang ceria, menjaga adab, rajin tolong buat kerja rumah.

“Dia seorang pengawas, selalu jadi imam dan pengacara majlis di sekolah. Murid yang berdisiplin, ikut peraturan sekolah. Juga seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya,” kata ibu yang anaknya dipotong rambut itu.

Menurut wanita berkenaan selepas kejadian memotong rambut itu, anak lelakinya berubah perwatakan hampir 100 peratus disebabkan satu kejadian yang berlaku di sekolah, pada minggu lalu.

“Sejak kejadian Jumaat lepas, dia jadi kemurungan, rasa down sehingga tidak mahu keluar bilik, tak mahu makan… hanya baring sahaja tutup muka dan kepala atas tilam. Dia cuma bangun mandi dan baring semula.

“Punca hanya satu, cikgu disiplin telah memotong rambut dia bertobek-tobek sehingga hanya boleh dibotakkan sahaja untuk baiki tobek di kepalanya… tanpa memberi amaran.

“Hanya dia seorang saja yang kena potong rambut depan pelajar lain di sekolah waktu tu. Rambut dia dari dahulu start sekolah macam ni. Tak ada isu rambut panjang. Dia selalu ajak saya pergi kedai gunting rambut jika rambut dia panjang,” katanya.

Walaubagaimanapun kebanyakkan netizen mengecam tindakan ibu berkenaan yang bersikap ‘over protective’ kepada seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja.

Sebaiknya tindakan guru berkenaan turut disokong oleh ramai pihak apabila kerana undang-undang tersebut sudah lama dikuatkuasakan di semua sekolah.