Seorang lelaki ditumbuk dan cermin keretanya dipecahkan susulan membuat pengaduan kepada pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Seremban, susulan pengubahsuaian haram rumah berbentuj kuil yang mengancam keselamatan rumah penduduk lain.

Halim Hassan (mangsa) berkata akibat pengubahsuaian haram itu, menyebabkan berlaku kerosakan serta keretakan pada rumah sebelah terutamanya isu keselamatan.

“Dia masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu tanpa mengikut tatacara keselamatan sehingga menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini.

“Pada 29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di dalam kawasan `porch` rumah, kerosakan pada cermin motorsikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.

“Kami bernasib baik kerana tidak ada ditempat batu bata jatuh dan kebiasaannya disinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang, ” katanya.

Menurutnya disebabkan bimbang dengan keselamatan keluarganya dia membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan namun pemilik kediaman dengan selamba mencabut ‘tali kuning’ yang telah dipasang, dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian. Dan setelah beberapa kali aduan dibuat, masih tiada lagi tindakan susulan dari pihak MBS.

“Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap didinding bilik dan ruang tamu.

“Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah hingga ke kawasan laman rumah saya, hingga menyebabkan salah satu tayar kereta saya tertusuk dengan paku yang digunakan selain simen dan habuk mengenai kereta saya tetapi dinafikan dan jiran tidak mahu bertanggungjawab,”

“Bimbang berlakunya sebarang insiden lain, saya membuat laporan di Balai Polis Mantin, Nilai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman ketika dihubungi media mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Tamat