Festival Bon Odori yang disambut sekian lama oleh masyarakat Jepun kini mula menular di Malaysia melalui komik serta berbagai aktiviti kebudayaan, namun harus diingatkan ianya merupakan ritual keagamaan yang mampu kerosakan akidah sekiranya menyertainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, perayaan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam itu disahkan mempunyai unsur-unsur keagamaan dan bertentangan dengan Islam.

Ini disebabkan aktiviti tersebut merupakan tradisi masyarakat Jepun beragama Buddha mengandungi unsur pemujaan terhadap nenek moyang yang sudah meninggal dunia dan dalam masa sama mendoakan mereka tidak menderita selepas mati.

“Kajian dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memang ada unsur-unsur keagamaan, kita nasihatkan kepada orang Islam tidak perlulah sertainya. Banyak lagi (aktiviti) lain yang kita boleh sertai.

“Kita harap kekeliruan ini tidak diwujudkan, di pihak Jakim, kita menasihatkan orang Islam jangan sertai program-program sedemikian, bukan itu sahaja , tetapi apa-apa jua yang membabitkan soal agama, kita kena sayang dengan agama kita,” katanya.

Terdahulu, tular poster penganjuran perayaan Bon Odori dipercayai anjuran Kelab Jepun Kuala Lumpur, Sekolah Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Besar Jepun di negara ini.

Program tersebut dikatakan mendapat kerjasama daripada pelbagai organisasi termasuk Tourism Selangor Sdn. Bhd. serta disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor, Invest Selangor Berhad dan Perbadanan Stadium Malaysia. –

Tamat