Perangai macam syaitan ! Hanya kerana tidak mendapat nombor telefon seorang gadis belasan tahun ditendang sehingga koyak tisu lutut oleh seorang lelaki yang mahu mengoratnya di sebuah restoran, Mersing.

Jantan dayus berkenaan dikatakan berang permintaannya tidak dilayan menyebabkan dia berang lalu turut mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memanggil mangsa dengan perkataan ‘betina’.

Akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan berkenaan mangsa, Nadrah yang baru berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan mengakui trauma untuk bekerja selepas kejadian itu.

Rakaman CCTV turut menunjukkan suspek telah memaki mangsa dengan panggilan ‘betina si*l’. Mangsa yang tidak tahan sabar menjawab semula dengan menengking ‘Kau kenapa!’. Ketika inilah suspek menaikkan kaki dan menendang mangsa hingga cedera.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengugut mangsa untuk memukulnya sekiranya dijumpai di mana-mana.

Suspek kemudian terus beredar keluar dari restoran berkenaan. Mangsa kemudian menghubungi ibunya sebelum membuat laporan polis.

Menurut kakak mangsa yang dikenali sebagai Fiza, lelaki keadaan kerap kali datang mengganggu adiknya sebelum ini.

“Adik saya baru berusia 14 tahun. Dia tengah cuti sekolah sekarang ni dan buat kerja sambilan untuk cari duit belanja.

“Lelaki berkenaan selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan,” katanya.

Fiza turut memaklumkan adiknya ketika ini tak lagi pergi kerja sebab trauma selepas diugut untuk memukul mangsa jika terjumpa tepi jalan.

Suspek kemudian berjaya ditahan pihak polis sehari selepas laporan dilakukan. Diharapkan suspek tidak ulangi perkara seperti ini dan menerima hukuman setimpal.

Tamat